Tab Menu I

Translate

Friday 20 October 2023

BORON - Sembuh Sakit Lutut (ARTHRITIS)

Dr. Noordin Darus - Boron dapat membetulkan Arthritis seperti sakit lutut

Boron berguna untuk mengatasi kekurangan boron dalam badan, kerana kekurangan pengambilan dari makanan. Boron adalah mineral yang dianggap memainkan peranan dalam proses pertumbuhan tulang, pembinaan otot, pembentukan hormon pembiakan, dan metabolisme tenaga.

Boron dianggap berfungsi dengan mempengaruhi metabolisme mineral, seperti kalsium, magnesium dan fosforus. Boron juga meningkatkan paras estrogen, terutamanya pada wanita menopause. Estrogen dipercayai dapat mengekalkan kesihatan mental dan kesihatan tulang.

Mineral boron secara semula jadi ditemui dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau kacang.

  1. Manfaat Boron:
  2. Meningkatkan ketumpatan tulang
  3. Membantu merawat osteoarthritis dan sakit lutut
  4. Membantu membina otot
  5. Meningkatkan tahap testosteron
  6. Meningkatkan keupayaan berfikir dan koordinasi otot
  7. Melegakan gejala senggugut
  8. Mencegah kanser
  9. Meningkatkan Prestasi Olahraga.
  10. Merawat Jangkitan Kulat pada faraj



Sunday 5 February 2023

10 Herba Merawat Sakit Lutut

Rawat sakit lutut dengan BORON

 Sakit lutut akan menjejaskan aktiviti harian anda termasuk bersukan. Ia memberi ketidakselesaan meskipun anda berbaring, duduk dan sebagainya..


Herba 1 Merawat Sakit Lutut : Halia

Halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat halia itu sendiri sebagai anti-radang.  

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan halia:

1. Hancurkan sekepingan kecil halia

2. Masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit

3. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon

4. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang

Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.  



Herba 2 Merawat Sakit Lutut : Kunyit

Bahan ini mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit.

Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.  

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan kunyit:

1. Campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air

2. Didihkan selama 10 minit

3. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.


Herba 3 Merawat Sakit Lutut : Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.  

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan lemon:

1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil

2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas

3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan

4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit 

5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang


Herba 4 Merawat Sakit Lutut : Cuka Epal Cider

Cuka epal cider boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut disebabkan oleh sifat alkalinya.

Ia juga membantu memulihkan pelincir dan seterusnya mengurangkan rasa sakit dan membantu pergerakan.  

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan cuka epal:

1. Campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis

2. Hirup campuran ini sepanjang hari

3. Amalkan petua sakit lutut ini dengan minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.


Herba 5 Merawat Sakit Lutut : Garam Epsom

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh melegakan sakit lutut. 

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan garam epsom:

1. Tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan kacau sebati

2. Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit

3. Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega


Herba 6 Merawat Sakit Lutut : Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut.

Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis. 

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan minyak kayu putih:

1. Campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin bersama-sama

2. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun

3. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari

4. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.


Herba 7 Merawat Sakit Lutut : Minyak Biji Sawi

Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan, selain membantu memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kesakitan.  

Cara amal petua merawat sakit lutut dengan minyak biji sawi :

1. Panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi

2. Kemudian, goreng seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan

3. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi

4. Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing

5. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit

6. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.


Herba 8 Merawat Sakit Lutut : Minyak Herba

Kajian juga mendapati bam yang diperbuat daripada kayu manis, halia, lada hitam, minyak raja kayu dan minyak bijan adalah berkesan sama seperti krim arthritis yang mengandungi salisilat iaitu rawatan yang biasa digunakan untuk sakit lutut.


Herba 9 Merawat Sakit Lutut : Kulit Lembu

Ramai yang tidak tahu bahawa kulit lembu adalah sumber yang kaya dengan protin, terutamanya kolagen dan amalan petua sakit lutut yang berkesan.

Kolagen bagus untuk kulit yang anjal dan sendi lutut yang sakit.

Selain melambatkan proses penuaan, kolagen jugak bagus untuk pesakit arthritis yang selalu mengalami kesakitan di bahagian sendi.


Herba 10 Merawat Sakit Lutut : Kacang Bendi

Ramai yang tak tahu kacang bendi merupakan sayuran semulajadi yang banyak khasiat.

Selain bagus untuk merawat penyakit seperti kencing manis, ia juga boleh diamalkan untuk mengekalkan sendi yang sihat kerana ianya mengandungi antioksidan yang tinggi.


Cara amal petua merawat sakit lutut dengan kacang bendi:

1. Dapatkan 1 ikat kacang bendi

2. Basuh dan potong halus

3. Rendamkan selama 8-12 jam di dalam air kosong supaya lendir bendi tadi keluar (tidak perlu rebus)

4. Minum air seperti biasa (air tiada rasa)

5. Bila air dah habis, boleh rendam lagi bendi tadi sampai 2-3 kali sampai lendir bendi tadi habis

Selamat mencuba!



Boron merawat sakit lutut

KLIK BELI SEKARANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines