Durian atau lebih dikenali dengan raja buah merupakan buah yang sangat terkenal di negara Malaysia. Durian (Durio zibethinus L.) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang juga di gelar sebagai 'King of the Fruit' di Malaysia iaitu tumbuhan dari keluarga Bombacaceae. Pengeluar utama durian didunia adalah Thailand diikuti dengan Malaysia dan Indonesia yang diekspot ke beberapa negara dalam bentuk buah segar, sejuk beku atau isi buah durian Terdapat hampir 200 jenis buah durian yang didaftarkan di Malaysia.
Durian D-99
Durian jenis D-99 ini agak mudah untuk didapati. Dari segi saiz buah, ianya selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya halus dan tajam, manakala warnanya hijau gangsa.
Untuk isinya pula, ianya tidak terlampau manis dan baunya juga tidak sekuat bau jenis durian yang lain. Pendek kata, kalau anda tidak berapa suka bau durian yang kuat, bolehlah cuba jenis D-99 ini.
Durian D-123 Durian Chanee
Durian D-123 ini dikenali sebagai Durian Chanee. Bentuknya sedikit lonjong berbanding durian yang lain. Kulit durian berwarna hijau keperangan dan teksturnya lebih kasar.
Isinya berwarna kuning, tebal dan rasanya lemak-lemak manis. Baunya juga sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalannya juga dikategorikan sebagai lembik.
Durian D-158 Kan Yau / tangkai panjang
Durian D-128 merupakan Durian Kan Yau. Durian yang berasal dari Thailand ini bersaiz sederhana besar dan beratnya selalu dalam purata 2- 3 kilogram.
Jenis durian ini sangat terkenal dengan tangkainya yang panjang, kira-kira 17 cm! Warna isinya selalunya kuning dan isinya sederhana besar dan tahap kepajalannya lembik. Saiz buah pula bujur dan sederhana besar.
Durian D-168 Mas Hajah Hasmah / ioi
Nama lain bagi durian D-168 ini agak menarik dan unik – Durian Hajah Hasmah! Buahnya berbentuk bulat lonjung, besaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau dan bertangkai pendek.
Kategori D-168 ini buahnya mudah dikopek berbanding kategori lain. Isinya berwarna kuning jingga dan tahap kepejalannya tinggi. Ianya mempunyai rasa lemak manis namun sedikit pahit. Sebahgin bijinya kecil dan kecut.
Durian D-175 Durian Udang Merah
Durian Udang Merah merupakan antara durian yang agak dikenali berbanding jenis durian yang lain. Selain Musang King, Udang Merah merupakan antara durian yang terlaris.
Saiz buahnya ialah sederhana besar dan berbentuk bujur. Kulitnya berwarna hijau perang dan durinya pendek. Untuk isi, ianya tebal, lembik dan rasanya lemak-lemak manis.
Durian D-13
Buah durian D13 juga dikenali dengan nama super red prawn yang biasanya boleh didapati di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ulasnya berwarna oren, rasanya sedikit manis dan kurang berbau dan mempunyai biji yang besar.
Durian D-145 Durian Beserah
Kategori D-145 pula duriannya dikenali dengan nama Durian Beserah atau Durian Tuan Mek Hijau. Buahnya bersaiz besar dan berbentuk bulat. Kulitnya berwarna hijau dan nipis.
Isinya sederhana tebal, teksturnya halus dan ianya berwarna kuning. Warna isinya kuning, kepejalan isi ialah lembik dan ianya tidak terlampau manis. Baunya juga sederhana.
Durian D-24
D-24 juga dikenali sebagai Durian Sultan, merupakan antara jenis durian yang senang didapati dan murah harganya berbanding durian lain. Pendek kata, ianya memang akan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian. Boleh katakan merupakan durian tradisi dari dulu sehinggalah sekarang, iaitu sebelum wujudnya jenis durian terkenal lain.
Buahnya bersaiz sederhana besar, berbentuk bulat membujur ,berwarna kehijauan sedikit keperangan dan bertangkai panjang. Isi durian berulas besr, dan berwarna kuning pucat. Rasanya lemak namun sedikit pahit. Tahap kemanisan ialah biasa.
Durian D-200 Durian Duri Hitam
Durian selalunya berwarna hijau atau kuning, kali ini kami bawa satu keunikan untuk kategori D-200 ini – kulitnya berwarna hitam. Sebab itulah ianya dikenali dengan nama Durian Duri Hitam!
Durian ini bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Isinya tebal dan berwarna jingga. Rasanya manis berkrim , namun sedikit pahit, tekstur buah ialah lembut dan tahap kepejalannya ialah biasa. Kepatia itu menyebabkan orang sukakannya. Harga Durian Duri Hitam sekitar RM50-RM120 /kg mengikut gred , B dan C.
Durian D-159 Durian Mon Thong
Durian kategori D-159 juga dikenali sebagai Durian Mon Thong. Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang durian ini berasal dari Thailand. Untuk pengetahuan anda, Mon Thong ialah Raja Durian Thailand!
Buahnya bersaiz besar, berbentuk bujur dan hujung buahnya tajam. Kulitnya berwarna hijau keperangan dan tangkainya pendek. Isi durian jenis ini sedikit keras, rasanya manis dan tidak pahit. Tetapi percayalah cakap kami, durian Malaysia berapa kali ganda lebih sedap daripada durian ini.
Durian D-197 Durian Musang King / Raja kunyit
Inilah dia jenis durian yang anda nanti-nantikan – Musang King atau Raja Kunyit! Jenis durian ini merupakan antara yang paling terkenal di Malaysia. Kualitinya juga merupakan yang terbaik berbanding jenis yang lain.
Keunikan durian jenis ini terletak pada kualiti dan tekstur isinya yang lebih lembut berbanding durian biasa. Rasanya juga berlemak serta memiliki rasa berkrim dan pahit. Harga Durian Musang King bergantung kepada gred A. B dan C.
Durian D-169 Tok Litok
Durian D-169 ini nama lainnya ialah Durian Tok Litok. Buah kategori ini berbentuk bujur dan panjang, manakala warnanya hijau kekuningan. Durinya panjang dan saiznya sederhana besar.
Isinya manis dan sedikit pahit. Ketebalan isinya ialah sederhana dan warna isi ialah kuning. Berat buah ini juga agak ringan, sekitar 1.5 – 3 kilogram sahaja.
Selain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dibuat tempoyak, serawa, durian crepe, dimakan dengan roti atau pulut, dan aiskrim. Cuba sahaja mana-mana resepinya. Selamat menjamu selera!
No comments:
Post a Comment